Yup, anda mungkin tertanya-tanya benarkah wujud kanak-kanak berusia 5 tahun boleh lulus ujian Microsoft. Nama beliau ialah Ayan Qureshi menjadikan beliau manusia termuda menjadi pakar Microsoft Windows yang bertauliah!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anak muda yang berasal dari Birmingham ini baru sahaja memulakan sesi persekolahan peringkat rendah namun telah lulus ujian Microsoft Windows. Beliau menduduki ujian tersebut di Birmighan City Universiti melayakkan beliau menjadi pakar Microsoft Windows yang bertauliah.

Ujian ini biasanya diduduki oleh graduan lepasan university khusus dalam bidang IT technichian bagi menguji kefahaman tentang perkakasan dan bagaimana Microsoft Windows berfungsi. Menurut bapanya Encik Qureshi , beliau pada mulanya kurang yakin akan kemampuan anaknya menduduki ujian tersebut namun melihat kesungguhan dan kegigihan anak nya untuk belajar maka beliau yakin untuk membenarkan ayan menduduki exam tersebut .

Encik Qureshi telah memperkenalkan komputer kepada anak nya sejak umur 3 tahun dan melihat anak minat anak nye terhadap bagaimana komputer berfungsi menyebabkan beliau membina sendiri sebuah makmal komputer untuk pembelajaran anak nya.Bagi seorang bapa adalah tidak mudah untuk mengajar anak tentang komputer di usia muda lagi namun beliau percaya suatu hari nanti usaha beliau akan membuahkan hasil.

Ayan kini berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang matematik dan komputer. Jika Ayan boleh mengapa tidak kita, betul tidak?

Sumber : Telegraph UK

Like page The Vocket di Facebook