Sejak mulai dilancarkan pada tahun 1994, dapat dilihat Perodua Kancil masih lagi menjadi pilihan ramai sehingga kini. Rekaannya yang kompak serta dilengkapi dengan alat ganti yang banyak membuatkan model ini sering kali menjadi bahan ‘eksperimen’ buat sesetengah individu.

Pada kali ini sebuah Perodua Kancil dengan rekaan yang unik telah diiklankan melalui platform Facebook. Apa yang menarik mengenai Perodua Kancil ini sudah pastinya modifikasi model ini kepada versi cabriolet dimana bahagian bumbung telah dibuang.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →
95610461_554925215427463_9126837690484916224_n

Sumber: Muhamad Kamarul

Melalui perkongsian penjual iaitu Muhammad Kamarul, Kancil ini telah dimuatkan dengan komponen dan dashboard daripada Daihatsu Mira. Rim pada Kancil ini turut ditukar untuk tampil sporty manakala tempat duduk model ini turut digantikan kepada jenis bucket.

Di sebalik modifikasi unik yang dibuat, Perodua Kancil ini nampaknya sedia dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu RM2,000 sahaja. Difahamkan rekaannya yang tidak lagi mempunyai bumbung membuatkan model ini tidak sesuai untuk digunakan di atas jalan raya dengan selamat. Perkara ini sekaligus menjawab mengapa model ini ditawarkan dengan harga yang murah.

96683577_554925248760793_2189181797554716672_n

Sumber: Muhamad Kamarul

95897220_554925178760800_899019513561874432_n

Sumber: Muhamad Kamarul

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan buat pemilik kereta ini atas idea yang kreatif dalam menghasilkan Perodua Kancil versi cabriolet.

Sebelum ini kenderaan yang pernah popular dalam filem Back To The Future pernah diiklankan di Facebook dan sedia dijual dengan harga RM198,000.

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Mini EV X2, Kereta Elektrik Kompak Berharga Hanya RM13,800 Buat Netizen Teruja

Anda Mungkin Suka