Jika anda masih ingat beberapa tahun lalu, kelibat seorang lelaki misteri yang tidak terurus memandu sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan ‘uzur’ menjadi perbualan hangat di media sosial.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook telah menjumpai kereta Kancil tersebut di lorong bersebelahan Hotel Istana, Bukit Bintang. Gambar yang dikongsi semula oleh Penang Kini telah menjadi ruangan netizen ‘bersatu’ berbincang siapakah sebenarnya pemandu kereta Kancil tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua perkara yang ‘dibangkitkan’ pada ruangan komen tersebut, bagaimana kereta tersebut boleh lepasi sekatan jalan raya (SJR) dan adakah pemandu tersebut seorang ‘spy’ kepada pihak berkuasa.

Rata-rata ramai yang yakin pemandu tersebut seorang ‘spy’ kerana orang biasa pun sukar untuk melepasi SJR, bagaimana pemandu Kancil tersebut boleh bebas memandu di serata tempat.

Pada masa yang sama, kejayaan pihak polis membuat rampasan dadah bernilai RM32.9 juta dalam tempoh dua bulan baru-baru ini telah ‘menguatkan’ lagi telahan orang ramai.

Screenshot 2021-03-27 at 11.56.13 AM
Sumber Gambar: Facebook Penang Kini
vocket-kereta-kancil-syaki-spy-polis-5
Sumber Gambar: Facebook Penang Kini
vocket-kereta-kancil-syaki-spy-polis-6
Sumber Gambar: Facebook Penang Kini

Sehingga hari ini, identiti pemandu kereta Kancil kekal menjadi salah satu ‘misteri tidak terungkai’ dalam sejarah Malaysia. Sehinggakan ada netizen yang berkongsi komen — “Kalau Volkswagen kuning nampak kereta Kancil ini, kereta Volkswagen masuk gear reversed dulu.”

Apa pula pendapat anda mengenai pemandu kereta Kancil yang penuh misteri? Kongsikan pengalaman sekiranya anda pernah berhadapan dengan kereta ini.

Terdahulu, kereta Kancil ini pernah ditunda pihak berkuasa kerana gagal mematuhi beberapa undang-undang jalan raya.

Sering Dilihat Serata Negara, Kereta Kancil Unik Ini Akhirnya Ditunda Pihak Berkuasa

Pemilik Kancil ‘Legend’ Sudah Mempunyai Kenderaan Baharu Untuk Bergerak

Sumber