Filipina sebelum ini terkenal dengan sikap hardcore dalam memerangi budaya dadah di negara tersebut. Terbaharu, pihak berkuasa di sana menggunakan pendekatan yang sama dalam memerangi COVID-19.

Pihak berkuasa tempatan telah menangkap penduduk yang gagal mematuhi arahan ‘lockdown’, mereka kemudiannya akan dihina dengan sehina-hina hukuman. Iaitu dikunci di dalam sangkar anjing yang sempit dan ada juga yang dijemur di tengah panas, lapor PhilStar.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Dalam satu kes di bandar Santa Cruz, kira-kira 55 batu di selatan Manila, seorang pegawai tempatan bertindak mengunci lima orang di dalam kandang anjing dan dua daripadanya adalah anak kecil.

Pegawai polis, Frederick Ambrocio, ketua polis daerah pentadbiran setempat juga telah mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat mereka terkunci di dalam sangkar anjing. Ugutan ini ditujukan kepada individu yang masih melanggar perintah berkurung.

Di Parañaque, sebuah bandar di Manila, pihak berkuasa tempatan telah dikritik kerana telah ‘menjemur’ mereka yang melanggar perintah berkurung di tengah-tengah gelanggang bola keranjang sewaktu matahari terik.

Taktik yang sama telah dilakukan di China dan India bagi memberi pengajaran kepada penduduk mereka yang masih gagal mematuhi arahan. Di China, pihak berkuasa telah bertindak mengikat rakyat mereka yang tidak mendengar arahan di tiang. Manakala India memilih untuk memukul dengan rotan atau dipaksa melakukan push up.

Namun tidak semua suka dengan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Filipina. Terbaharu, dilaporkan bahawa Human Rights Watch telah menghantar bantahan rasmi agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap kerana tidak mematuhi arahan ‘lockdown’.

“Polis dan pejabat setempat harus menghormati hak mereka yang di tangkap kerana melanggar perintah berkurung.

“Mana-mana perlakuan yang melanggar undang-undang harus segera disiasat,” kata Robert Robertson, wakil dari Human Rights Watch.

Presiden Rodrigo Duterte telah menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ pada 16 March lalu sebagai salah satu strategi untuk membendung wabak COVID-19 di negara tersebut. Sejak itu pegawai polis telah menangkap ratusan rakyat Filipina yang melanggar perintah tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Anda Mungkin Suka