Seronok sahaja saya lihat orang ambil gula-gula jenis ini dan nampak viral sehingga habis kat kedai. Saya mahu beri sedikit info berkenaan ‘sport candy’ ni.

Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya. Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi ‘sihat’ hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodiumnya adalah lebih kurang sama sahaja!

Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai.Saya mahu beri sedikit info…

Posted by Mohd Khairul Azuan on Tuesday, 22 October 2019

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini? Individu yang dalam keadaan aktif berpeluh, individu yang hiking dalam jangka masa yang panjang dan individu yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil. Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena berhati-hati. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg. Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan daripada gula-gula jenis ini bagi orang normal:

– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%.

– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%.

– Sodium yang datang daripada makanan yang diproses adalah dalam 77%. Banyak bukan?

Cukup sudah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi daripada candy ini. Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan. Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos. Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

Ini pula kajian tentang risiko bubble tea dalam kesihatan serta mitos bersenam pada waktu malam. Buat anda yang suka minum bubble tea dan bersukan malam, boleh take note.

Kesan Minuman ‘Bubble Tea’ Kepada Kesihatan Anda

Bersenam Pada Waktu Malam Tidak Elok Untuk Kesihatan. Fakta atau Mitos?

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Khairul Azuan. Beliau merupakan pakar pemakanan dan mahu semua hidup sihat dengan memilih makanan yang betul. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka