‘Bando’ atau lebih dikenali sebagai ‘Peninsula’ yang merupakan sekuel ‘Train To Busan’ dinamakan sebagai filem yang ditunggu-tunggu bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Bermula dengan perkongsian terkini mengenai penggambaran filem yang telah dimulakan semenjak bulan lepas, kini pihak produksi juga mendedahkan penglibatan Kang Dong Won sebagai watak utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2019062801002160400147331

Pihak produksi bijak membuat percaturan dengan memilih Kang Dong Won sebagai watak utama dan dibantu oleh beberapa nama besar seperti Lee Jung Hyun dan Lee Rae untuk menyerikan lagi filem ini.

Sekuel yang akan mengisahkan perjalanan survivor setelah 4 tahun peristiwa ‘Train To Busan’ melanda Korea Selatan. Setakat ini hanya poster trailer rasmi sahaja yang sudah tertiris manakala trailer rasmi pula dikatakan akan menemui peminat dalam beberapa bulan lagi.

bando

Sumber