Jangan pandang rendah tentang ‘pembunuh’ ini. Ia boleh datang tanpa diundang dan anda mungkin menanggung kesakitan hingga ke akhir hayat. Walaupun anda seorang yang fit dan aktif bersukan sekalipun, anda tidak terlepas daripada berdepan dengan risiko kanser ini.

Kenapa kita boleh diserang kanser? Setiap hari sel di dalam badan kita akan mati. Apabila ada sel yang mati, sel baharu akan tumbuh menggantikan sel mati berkenaan. Namun ketika penghasilan sel ini, kemungkinan untuk sel ini terhasil secara abnormal itu ada. Sel abnormal ini pula akan terus membesar dan membiak menjadi ‘sel jahat’ atau lebih mudah dikenali sebagai kanser.

cancer image

Pelbagai faktor dalaman dan luaran boleh menjadi penyebab kita mendapat kanser antaranya pemakanan, keturunan dan banyak lagi. Walaupun keluarga anda tidak pernah mempunyai sebarang sejarah penyakit kanser, tetapi setiap orang mempunyai risiko untuk diserang penyakit kanser.

Dalam kenyataan bekas Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam ucapannya sempena Hari Kanser Sedunia 2018, kanser merupakan penyebab kematian kedua paling tinggi di dunia, di mana, pada tahun 2015, kira-kira 1 daripada 6 kematian yang berlaku adalah akibat kanser. Kematian akibat kanser dijangka akan meningkat sebanyak 70% dalam masa dua dekad sekiranya tiada intervensi dijalankan.

Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011, satu daripada sepuluh (1/10) orang lelaki dan satu daripada sembilan (1/9) wanita di negara ini mempunyai risiko sepanjang hayat (lifetime risk) untuk mendapat kanser. Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.4%) dan dalam kalangan wanita pula kanser payudara adalah kanser yang paling kerap berlaku (32.1%).

Kanser boleh menyerang setiap individu tanpa mengira usia dan jantina sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psikososial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat. Disebabkan itu perlindungan awal untuk kanser adalah sangat penting.

Kanser boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja dan sekiranya ia menyerang anda, sudahkah anda bersedia daripada segi kewangan khususnya? Setiap rawatan untuk kanser tidak murah dan memerlukan anda mengeluarkan wang daripada poket anda sendiri untuk membuat rawatan jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans.

Pengambilan insurans yang secukupnya bagi melindungi seseorang daripada kekangan kewangan adalah sangat penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Didikan serta kesedaran secara menyeluruh perlu diperincikan dalam memastikan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum membeli mana-mana pelan insurans.

Telah menjadi misi utama bagi Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) untuk memastikan tahap kesedaran mengenai kepentingan insurans dapat diberikan secara holistik. Pelan insurans PRUcancer X ini boleh diambil bukan sahaja oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak (berusia 30 hari ke atas). Adalah menjadi harapan PAMB dalam menggalakkan orang ramai untuk mula mendapatkan perlindungan di usia yang lebih awal, selaras dengan misi PAMB untuk memberi perlindungan kewangan kepada rakyat Malaysia.

Pastinya ramai yang akan mempunyai soalan khusus sebelum melanggan untuk sebarang pelan insurans. Ini mungkin beberapa soalan penting yang mungkin ada dalam diri anda pada ketika ini.

1) Katakan saya sudah mempunyai kad perubatan atau insurans kesihatan yang lain, perlukah lagi saya mengambil PRUcancer X ini?

PAMB ambil maklum akan peningkatan kadar kes kanser yang membimbangkan, oleh itu, bagi melindungi pesakit dan keluarga mereka daripada impak kewangan akibat kanser, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah memperkenalkan PRUcancer X, satu penyelesaian yang membayar jumlah sekaligus apabila kanser didiagnosis di mana jumlah tersebut boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan yang tinggi dan menampung kehilangan sumber pendapatan jika seseorang itu terpaksa berhenti kerja untuk fokus dalam usaha pemulihan daripada kanser.

Pelan ini boleh dijadikan sebagai perlindungan tambahan ke atas pelan insurans kesihatan daripada Prudential yang sedia ada. Secara amnya, kad perubatan hanya melindungi kos perubatan di hospital. Walaubagaimanapun, apabila seseorang menghidap kanser, terdapat banyak keperluan kewangan yang lain yang perlu ditanggung seperti rawatan alternatif mahupun tradisional, kos penjagaan dan juga kos untuk menampung kehilangan sumber pendapatan sepanjang proses pemulihan.

Dengan perlindungan sehingga RM2 juta, setakat ini ia merupakan satu produk insurans ke atas kanser yang paling tinggi yang terdapat di pasaran dengan premium yang berpatutan. Justeru, para pesakit kanser berpeluang untuk mendapatkan penjagaan terbaik di Malaysia dan di luar negara.

Dengan PRUcancer X, kami harap dapat memberi ketenangan minda kepada pelanggan sepanjang melalui tempoh yang sukar ini.

2) Jika saya seorang perokok, adakah saya boleh mengambil insurans PRUcancer X ini?

Boleh, tetapi kadar premium yang perlu anda bayar akan berbeza mengikut status perokok dan jumlah perlindungan yang dipilih.

3) Sebelum saya melanggan pelan PRUcancer X ini, apa lagi ciri serta faedah yang bakal PRUcancer X tawarkan?

Antara ciri-ciri utama PRUcancer X adalah:

• Faedah perlindungan kanser yang tinggi sehingga RM2 juta: Pilihan perlindungan yang tinggi sehingga RM2 juta bagi membantu individu mendapatkan rawatan terbaik di Malaysia dan di luar negara dan menampung perbelanjaan kehidupan sepanjang tempoh pemulihan.

• Premium mampu milik: Memberikan ketenangan minda kepada individu dengan premium serendah RM34 sahaja sebulan.

• Perlindungan kanser di peringkat awal: Membayar sebahagian daripada jumlah perlindungan semasa apabila didiagnosis dengan jenis-jenis kanser tertentu termasuklah Karsinoma-in-situ.

• Faedah Ihsan: Selain daripada perlindungan ke atas kanser, pelan ini juga menyediakan satu faedah tetap jika berlaku kematian untuk membantu keluarga anda dengan kos perbelanjaan pengebumian.

• Pendaftaran mudah: Lima soalan pengunderaitan yang khusus terhadap risiko kanser sahaja.

4) Berapa yang perlu saya bayar secara bulanan untuk melanggan pelan PRUcancer X ini?
Bayaran minimum untuk premium PRUcancer X ini adalah RM34 sebulan. Ianya bergantung kepada umur, status perokok dan juga jumlah perlindungan yang anda mahukan di kemudian hari.

Peningkatan kadar kematian di kalangan pesakit kanser adalah berpunca daripada kegagalan untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Hampir 60 peratus kes kanser di Malaysia dikesan pada tahap III dan IV.

Jadi adalah lebih baik untuk sediakan payung sebelum hujan. Untuk maklumat lanjut mengenai PRUcancer X boleh layari laman sesawang Prudential atau anda boleh bercakap dengan wakil Ejen Prudential atau Perancang Kewangan kami yang mesra.

PRUcancer-x-bm-001