Baru-baru ini tular di TikTok sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pelakon baru yang pernah membintangi siri Leftenan Zana sedang bercium di sebuah kelab malam.

Menerusi laporan, video itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai teman wanita kepada pelakon terbabit dimana dia meluahkan kekecewaannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@zirah370/video/7197354184365198619?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Melalui video terbabit, wanita itu berkata bahawa dia sentiasa bersama aktor tersebut ketika susah senang namun apabila lelaki itu sudah senang ini balasan diterimanya.

“Susah senang bersama, bila dah senang, balasan macam ni yang dapat. Mana janji awak nak tunang tahun ni? Ini ke kejutan yang awak nak beri pada saya.” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut untuk bangkit tinggalkan sahaja lelaki itu kerana ada yang lebih baik di luar sana.