Tidak semua pemandu mengamalkan sikap berhemah sama ada di jalan raya mahupun di tempat awam. Lebih parah, terdapat segelintir pemandu yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak senonoh bersama pasangan di dalam kereta biarpun lokasi letak keretanya berada di kawasan awam.

Semalam, kecoh di media sosial apabila tular satu video oleh pengguna Twitter @MirzaAmirin yang sempat merakamkan aksi kekecohan serbuan pihak polis dalam cubaan untuk menahan sepasang kekasih yang didakwa sedang berjimak di dalam kereta. Difahamkan, kekecohan tersebut berlaku di tempat letak kereta berhadapan McDonald’s Bandar Baru Bangi, Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/MirzaAmirin/status/1369298891527585792?s=20

Ketika dihubungi The Vocket, Mirza pada ketika itu difahamkan sedang berurusan jual beli telefon bersama pelanggannya dan secara tiba-tiba berlaku kekecohan melibatkan anggota polis dengan orang awam di tempat kejadian.

“Saya ini orang berniaga online di Instagram jual telefon pula. Jadi untuk kepercayaan urusan jual beli, customer suruh saya datang untuk hantar telefon di lokasi yang dijanjikan.

“Setiap hari pastinya ada pihak polis yang melakukan rondaan dan memeriksa setiap kereta yang parking dekat sini. Tapi tak sangka pula berlaku kekecohan dekat tempat saya cari rezeki,” ujar Mirza ketika dihubungi The Vocket.

Difahamkan, semasa pihak polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan, ada sebuah kenderaan Perodua Alza berwarna biru dipercayai terparkir dalam keadaan yang mencurigakan. Tambah mencurigakan apabila tinted yang dilekatkan pada cermin kereta tersebut juga terlalu gelap sehingga tidak nampak apa-apa di dalamnya.

Apabila diperiksa secara dekat, pihak polis mendapati bahawa ada sepasang kekasih dipercayai dalam lingkungan usia remaja sedang berjimak dalam kereta tersebut. Selepas disahkan kantoi, pihak polis cuba menahan pasangan tersebut sambil dibantu oleh orang awam termasuk para rider McDonalds berkenaan.

https://twitter.com/IrfanRohmat_/status/1369324052867936263?s=20

Namun berlaku kekecohan apabila pemandu Alza tersebut bertekad untuk menghidupkan enjin keretanya kerana ingin meloloskan diri daripada tertangkap oleh pihak polis. Menambah kerisauan apabila seorang anggota polis yang cuba menghalang pasangan tersebut tersangkut di bahagian bonet hadapan kereta itu.

Walau bagaimanapun, anggota polis tersebut dilaporkan selamat turun dari kereta selepas pemandu Alza berkenaan berhenti di satu persimpangan. Berdasarkan info terkini, pihak polis berjaya mengesan alamat pemandu yang dipercayai asal dari Semenyih menerusi nombor pendaftaran kereta tersebut. Bagaimanapun, kes ini dikatakan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Baca lagi kisah penjenayah Bob Mah Sing yang berjaya diberkas polis menerusi pautan di bawah.

‘Bob Mah Sing’ Rempuh Myvi Berjaya Diberkas Polis

Dua Penjenayah Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Anggota Polis

Terlalu Ghairah Sambut Tahun Baru, Pemandu Mabuk Rempuh Kediaman Wanita Ini

 

 

Sumber