Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai menceroboh bilik tetamu di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan pada 5 Mei lalu dan didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, tetamu hotel itu yang merupakan seorang lelaki berusia 50-an bersama keluarganya keluar dari bilik penginapan mereka kira-kira pukul 5 petang.

Selepas pulang ke bilik hotel, seorang lelaki yang tidak dikenali didapati muncul dari dalam almari. Kejadian tersebut membuatkan tetamu hotel itu menjadi cemas dan takut.

 

Menurut Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, suspek yang berumur awal 20-an itu juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain dan hasil semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.

Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu, Mohd Iqmal Muslim dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa insiden tersebut sebagai kejadian terpencil yang berlaku. Malah, pihak hotel bekerjasama penuh dengan polis dan telah bertemu dengan tetamu terlibat bagi menawarkan bantuan penuh berhubung insiden yang berlaku.

Pihak pengurusan juga memberi jaminan bahawa keselamatan tetamu hotel adalah keutamaan kami. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

https://www.thevocket.com/bergerak-seperti-mat-moto-tapi-rupanya-kerabat-netizen-auto-stalk-selepas-tahu-identiti-lelaki-ini/

‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate