Berjaya menjadi bualan ramai pada bulan lalu selepas mengajar netizen cara-cara merentas negeri untuk berbulan madu, pasangan yang juga merupakan instafamous akhirnya dikenakan hukuman.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mendapat pengesahan untuk merentas negeri ke Johor pada bulan lalu atas tujuan bisnes. Walau bagaimanapun, pasangan ini telah mendakwa melalui laman Instagram di mana mereka mendapat kebenaran untuk berbulan madu berikutan mood pihak polis yang baik pada ketika itu.

Pasangan ini turut mengaku di mana mereka telah melakukan persiapan awal dengan membuat tempahan hotel secara atas talian pada seawal Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu.

Pasangan yang menjadi perhatian netizen ini kemudiannya telah dipanggil Balai Polis Daerah Wangsa Maju beberapa hari selepas tular di media sosial berikutan membuat kenyataan palsu berkaitan alasan rentas negeri.

Menerusi keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari ini, pasangan ini telah dikenakan penjara selama sehari dan denda sebanyak RM2,500. Diharap hukuman yang dikenakan dapat dijadikan pengajaran buat pasangan ini dan juga orang ramai agar tidak melanggar SOP dalam menghalang penularan wabak COVID-19.

Ketahui lebih lanjut mengenai kronologi pasangan ini dengan klik pautan di bawah.

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun