Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata seramai 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak gagal dalam ujian saringan air kencing apabila dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah hasil pemeriksaan secara rambang terhadap 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Kesemua yang ditahan itu dilaporkan berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia antara 35 hingga 51 tahun. Sebahagian daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan Tetra Hydrocannibol (THC)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, salah seorang anggota yang ditahan akibat dadah pernah mempunyai rekod ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan berkenaan.

“Ini baru ujian awal, kita akan hantar air kencing anggota terlibat untuk ujian patalogi. Jika mereka disahkan masih positif dengan dadah-dadah tertentu, maka kita akan cadang untuk tuduh di mahkamah.

“Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Pecah rekod rampasan terbesar, rakyat Malaysia ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta di Australia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Bernilai RM431 Juta Di Australia

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Kartel Dadah Mexico Hantar Kepala Manusia Sebagai ‘Hadiah’ Selamat Datang Buat Ketua Polis Baharu