Sebelum ini setiap hari orang Malaysia ‘up-to-date’ angka kes COVID-19, tapi kini kita juga ‘up-to-date’ dengan jumlah sekatan jalan raya (SJR) dan kompaun yang dikeluarkan sejak penguatkuasaan undang-undang semakin ketat baru-baru ini.

Perkara ini memberikan pelbagai reaksi kepada orang ramai lebih-lebih lagi pemeriksaan di SJR telah menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa ‘beratur’ di dalam kenderaan sementara tunggu melepasi pemeriksaan pengguatkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada pagi tadi.

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan. Semasa pemeriksaan dilakukan, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontingen Kedah telah disaman kerana menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Rata-rata pengguna Facebook memberikan pujian kerana tidak ‘pilih kasih’ dengan mendenda sesiapa sahaja yang melanggar peraturan undang-undang.

vocket-polis-saman-polis-6
Sumber Gambar: Facebook Polis Kedah
vocket-polis-saman-polis-5
Sumber Gambar: Facebook Polis Kedah
vocket-polis-saman-polis-4
Sumber Gambar: Facebook Polis Kedah

Syabas diucapkan kepada anggota bertugas kerana tidak ‘pilih kasih’ dalam melaksanakan tanggungjawab. Semoga ‘pemeriksaan mengejut’ ini dapat jadi tauladan kepada orang ramai tanpa kira status dan darjat untuk sentiasa mematuhi undang-undang.

Terlalu ‘seronok’ selepas tamat peperiksaan SPM, pelajar ini disaman polis setelah gambarnya tular di media sosial.

Pelajar Ini Disaman Polis Selepas Tular Gambar Luah Kata Kesat Terhadap Guru Pada Baju

Isu Saman Ekzos Bising, Penjual Dan Pengeluar Juga Perlu Dikenakan Tindakan

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan