Sebelum ini kita dikejutkan dengan pembongkaran sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk di KLIA. Berikutan itu, beberapa pegawai Imigresen yang dipercayai mengambil rasuah dengan kereta mewah telah ditahan.

Terbaharu, seorang pegawai Imigresen yang berusia 26 tahun, bertugas di jabatan operasi KLIA telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana meminta suapan RM22,000 daripada dua warganegara China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
B5IBGgRCMAALUX6
Gambar hiasan

Difahamkan, ‘wang’ itu diminta untuk membebaskan warga China yang telah ditahan Jabatan Imigresen pada hari Isnin lalu kerana menggunakan cap palsu. Pegawai itu ditangkap pihak SPRM ketika menerima rasuah di sebuah stesen minyak berhampiran lapangan terbang pada pukul 7.45 malam pada hari Rabu.

Menurut laporan, hasil siasatan mendapati ini bukanlah kesalahan pertama pegawai tersebut. Pastinya sindiket pemalsuan cop ini perlu dibanteras kerana ia melibatkan keselamatan negara dan pendatang tanpa izin boleh masuk tanpa perlu melalui ‘jalan tikus’ jika tidak dibendung segera.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan penangkapan anggota pegawai Imigresen sebelum ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Seludup PATI Di Pintu Masuk Negara, 27 Anggota Imigresen Kantoi ‘Dibeli’ Dengan Kereta Mewah

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Sumber