Penyanyi rap popular Kanye West menerusi laman Instagram rasmi miliknya telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap jenama sukan adidas di mana beliau mendakwa adidas telah ‘menciplak’ idea koleksinya untuk kegunaan syarikat tersebut.

“Kasut ini adalah Yeezy tiruan,” tulis Kanye di Instagram. Perkongsian itu merujuk kepada rekaan sandal Adilette 22 yang sudah dilancarkan di pasaran Mei lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Cewswf4PgCB/

“Saya tidak lagi boleh bertahan dengan peniruan ini. Model ini adalah contoh rasa tidak hormat mereka yang berkuasa kepada mereka yang mempunyai bakat,” tambah Kanye.

Kanye turut memetik nama Kasper Rørsted (CEO adidas) dalam perkongsian itu dan mahu Kasper menghubunginya berkenaan ‘persamaan’ kedua-dua sandal ini.

Tidak pasti mengapa Kanye marah kepada adidas kerana adidas yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan untuk Kanye menghasilkan koleksi kasut YEEZY sebelum ini.

Jika dilihat dengan lebih teliti, memang tiada persamaan antaran kedua-dua model. Paling ketara, bahagian tapak kedua-dua sandal sangat berbeza.

Rekaan adidas Adilette 22 mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan rekaan sandal Adilette sebelum ini. Ia lebih tebal dan unik yang membuatkannya dilihat sebagai alternatif untuk peminat adidas yang tidak dapat membeli YEEZY Slide yang dihasilkan pada kuantiti terhad.

adilette 22 dijual pada harga USD55 (+-RM245) telah pun sold out di laman adidas ketika ini.

Namun dengan isu yang dibangkitkan oleh Kanye ini, berkemungkinan model ini akan naik harga di pasaran semasa kelak. Di mata anda, adakah sama atau tidak kedua-dua sandal tersebut?

Ini beberapa lagi isu ciplak yang berlaku di dalam dan luar negara. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Ejaan Sahaja Berbeza’- Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Kumpulan Dari Indonesia Kantoi Ciplak Lagu ‘Tergantung Sepi’ Nyanyian Haqiem Rusli

Pernah Mohon Jadi ‘Intern’, Converse Didakwa Ciplak Rekaan Pereka Muda