Tahukah anda, Virgil Abloh yang baharu sahaja bekerja syarikat fesyen terkenal iaitu Louis Vuitton sebagai pereka pakaian lelaki dan Kanye West yang terkenal dengan jenama Yeezy pernah ‘berkuli’ dan menerima gaji sebanyak $500 (RM 1,931) ketika, tahun 2009.

Ketika masih muda mereka berdua pernah mendaftar untuk bekerja di fashion house Fendi sebagai intern pada tahun 2009. Meskipun Kanye merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia artis, beliau tetap menerima layanan seperti pekerja intern yang lain.Semasa intern disana mereka perlu masuk kerja seperti pekerja biasa iaitu selama lima ke sembilan jam dan mendapatkan kopi untuk supervisor mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

virgil-abloh-kanye-west-five-nssmag

Michael Burke yang merupakan CEO semasa mereka intern disana menceritakan kisah mereka berdua ini di New York Times. Dalam temu bual tersebut beliau berkata “Walaupun saya membayar mereka sebanyak $500 (RM 1931), Saya amat berpuas hati dengan mereka yang membawa suasana baru kepada studio” kata beliau. Kini beliau merupakan ketua eksekutif Louis Vuitton dan beliau memberitahu sudah mengikuti perkembangan Virgil Abloh sejak dari mula lagi.

Tahniah diucapkan atas pencapaian Kanye West dan Virgil Abloh ketika ini. Anda berjaya membuktikan kerja keras serta usaha yang berterusan menandingi segalanya.

vIRGIL-kANY

Meskipun mereka boleh sahaja menggunakan status artis, mereka tetap memilih untuk bekerja sebagai orang biasa dan menerima gaji amat rendah daripada pendapatan mereka sebagai artis.