Kanye West kini berada di Uganda untuk menyiapkan album terbaru beliau, YANDHI yang dijangka keluar pada 23 November depan.

Kanye juga dilihat membuka kotak besar di mana di dalamnya terdapat ratusan kasut Yeezy 350 yang akan didermakan oleh Kanye kepada kanak-kanak ini. Beliau turut merakam aksi kanak-kanak di Uganda ini menari sambil memakai kasut Yeezy 350 V2 ‘Triple White’.

Yeezy juga dilihat turut menghadiahkan kasut Yeezy ini kepada president Uganda, Yoweri Museveni. Pertemuan antara Yoweri dan Kanye disifatkan sebagai pertemuan untuk pmempromosikan pelancongan dan seni Uganda di mata dunia.

Jika peminat kasut di seluruh dunia perlu berebut untuk membeli kasut ini, kanak-kanak di Uganda ini sangat bertuah kerana dapat menyarung kasut berharga USD220 (RM914+-) ini secara percuma. Kanye satu ketika dahulu mempunyai visi supaya Yeezy boleh dibeli oleh semua dan ini mungkin salah satu cara untuk merealisasikan visinya.

Pasti akan ada reseller yang akan terbang ke Uganda untuk membeli semula kasut Yeezy ini pada harga yang murah daripada kanak-kanak ini. Reseller kalau nampak peluang untuk buat duit, segalanya mungkin.