Nampaknya Ye atau Kanye West sudah buka langkah untuk mencari rakan niaga baharu selepas kerjasama beliau dengan syarikat terkemuka dunia adidas ditamatkan serta merta.

Difahamkan Ye telah dihalau keluar dari pejabat urusan Skechers di Los Angeles semalam selepas dia tiba tanpa diundang dan tanpa notis.

Baca Juga:

Perkara berkenaan disahkan wakil Skechers dan dalam satu kenyataan, dua pegawainya telah membawa Kanye keluar dari pejabat tersebut selepas dia ‘membuat rakaman tanpa kebenaran’ di premis Skechers.

“Skechers tidak mempertimbangkan atau berminat untuk bekerjasama dengan West,” kata syarikat tersebut yang turut mengecam kenyataan anti-semitik yang dibuat oleh Ye sebelum ini.

Antara syarikat lain yang telah menamatkan kerjasama antara mereka dan Ye adalah Gap, Balenciaga dan Foot Locker.

Wakil daripada Ye tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi lagi berhubung perkara ini dan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tentang keadaan kesihatan mental Ye perihal beberapa perkongsian dalam talian yang kontroversi di laman Twitter dan Instagram milik Ye.

Imej Ye ternyata terjejas dengan kenyataan kontroversi yang beliau ucapkan. Lebih buruk, Ye hilang status billionaire dipegangnya sebelum ini selepas kontrak bersama adidas tamat serta merta.

Sumber