Secara tiba-tiba Kanye West telah kembali aktif di Twitter dan menerusi perkongsian Kanye, antara projek akan datang beliau yang menjadi tumpuan adalah koleksi Yeezy x Gap.

Koleksi penuh bersama Gap yang dinamakan YEEZY Gap tersebut akan mula berada di pasaran seawal tahun 2021. Selepas Louis Vuittonm Nike dan adidas, Gap adalah jenama terkini yang bakal mendapat sentuhan Kanye West.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kanye mempunyai sejarah tersendiri bersama Gap. Ketika zaman remaja beliau, Kanye pernah bekerja di salah satu butik Gap. Kerjasama ini dilihat bakal menguntungkan Gap kerana koleksi bersama Yeezy ini dijangka membawa jualan lebih USD1 bilion setiap tahun untuk jenama berkenaan.

https://twitter.com/kanyewest/status/1276538686595895297

https://twitter.com/kanyewest/status/1276495666781528066

Yeezy juga akan bertanggungjawab dalam mamasarkan jenama tersebut di Gap termasuk bagaimana jenama itu dijual di butik fizikal serta laman dalam talian. Royalti jualan yang tinggi mungkin menjadi sebab Kanye West memilih Gap sebagai rakan dagang yang baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, projek antara Yeezy x Gap ini akan menawarkan ‘pakaian asas untuk lelaki,wanita dan kanak-kanak pada harga mampu milik’. Tetapi disebabkan populariti jenama Yeezy, pakaiaan YEEZY Gap ini pastinya akan menjadi rebutan dan sold out di serta dunia.

https://twitter.com/kanyewest/status/1276643665365159941

https://twitter.com/kanyewest/status/1276636607672733703

Tidak sampai sehari Kanye mengumumkan kerjasasama tersebut, saham Gap telah meningkat sebanyak 42 peratus. Begitulah pengaruh besar yang ada pada Kanye pada ketika ini.

Dalam masa yang sama, sandal Yeezy persis Crocs ‘Made In USA’ turut akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jangkakan sandal ini dijual semula dengan harga tinggi di masa akan datang.

Dukacitanya, peminat Yeezy nampaknya perlu membeli koleksi YEEZY Gap ini menerusi dalam talian kerana butik Gap di Malaysia telah ditutup dua tahun yang lalu. Baca pada pautan di bawah.

‘Gap’ Akan Tutup Operasi Di Malaysia Bulan Ini

Empayar Yeezy Bantu Kanye West Raih Status Billionaire

Kanye West Bakal Lancar Rumah Minimalis Mampu Milik Yang Awesome