Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai Kanye West pasti ramai yang cukup kenal mengenalinya. Berjaya menggegarkan industri sebagai rapper, ikon fesyen serta individu penting di sebalik jenama yeezy antara yang membuatkan beliau popular.

Sering kali hadir dengan idea yang tidak dijangka, Kanye West pada kali ini sekali lagi mengejutkan ramai apabila beliau mengumumkan sedia menjadi pencabar Donald Trump menerusi pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2020.

Kenyataan beliau yang dimuat naik di laman Twitter telah mengejutkan ramai apatah lagi mengetahui beliau sebelum ini menyatakan sokongan penuh ke atas kepimpinan Donald Trump meskipun mengenai isu black lives matters yang terjadi baru-baru ini.

Tidak hanya mendapat sokongan daripada segelintir netizen, Kanye West nampaknya turut menerima sokongan orang ternama dimana salah seorang daripadanya adalah Elon Musk yang merupakan CEO kepada syarikat Tesla dan SpaceX.

Eb2f4uDWkAAbLos

Sumber: Twitter Kanye West

Sebelum ini Kanye West pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi presiden Amerika Syarikat namun tidak ramai yang menyangka beliau benar-benar mahu menjayakannya dalam masa terdekat.

Pengumuman yang dibuat ini telah dikongsikan beberapa hari selepas beliau melancarkan lagu terbaru bersama Travis Scott bertajuk Wash Us In the Blood yang memaparkan protes anti-perkauman.

Pada minggu lalu, Kanye West mengumumkan kerjasama Yeezy x Gap selama 10 tahun. Turut dikongsikan bagaimana jenama Yeezy berjaya membantu Kanye West meraih status billionaire.

Kanye West Umum Kerjasama Yeezy x Gap Selama 10 Tahun

Empayar Yeezy Bantu Kanye West Raih Status Billionaire

Anda Mungkin Suka