Sama ada anda peminat streetwear atau tidak, pastinya anda cukup kenal dengan penyanyi rap terkenal dan juga pengusaha jenama yang berjaya menjadi mencetus fenomena ini. Individu yang kami maksudkan adalah Kanye West yang mengusahakan jenama ‘YEEZY’ dengan kolaborasi bersama adidas.

Terbaru, setelah hampir sedekah mengusahakan nama YEEZY sejak daripada zaman kolaborasinya bersama Nike, Kanye kemungkinan berdepan masalah untuk menggunakan jenama ini selepas ini.

Kanye-West-1

Semuanya disebabkan sebuah syarikat daripada China iaitu ‘Fujian Baby Network Technology Co.’ yang terlebih dahulu mempatenkan nama ‘Yeezy Boost’ untuk kesemua barangan kecuali kasut.

Dalam erti kata lain, hakcipta yang dibuat ini hanya membolehkan Kanye West berpeluang untuk menggunakan YEEZY pada sneaker sahaja. Sebarang penambahan jenama produk melibatkan t-shirt, seluar dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.

Visual-Magazine-kanye-west-adidas-originals-yeezy-season-one-collection-121

Antara koleksi daripada Yeezy Clothing

Sehubungan dengan itu, Kanye West dikatakan komited untuk naik ke mahkamah untuk bersaing bersama syarikat ini dalam usaha untuk mendapatkan semula nama ‘YEEZY’ untuk digunakan pada kesemua produk keluarannya.

Melihat kepada nama syarikat China ini jelaslah mereka bukannya ‘kebetulan’ menggunakan nama yang sama sebaliknya memang berniat untuk mempatenkan nama tersebut.

Kanye-West-Yeezy-Season-3-feature

Hakcipta yang dibuat syarikat China ini sekaligus telah melonjak industri ‘pencurian’ idea ke tahap yang lebih tinggi setelah berjaya menjadi pengeluar kasut tiruan terbesar dunia.

Baca lagi: Elon Musk Pilih Kanye West Sebagai ‘Idolanya’

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤