Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seramai 124 kru kapal Dayang Topaz dilaporkan telah terjun ke laut pada awal pagi ini selepas kapal terbabit mulai karam di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Dalam kejadian mencemaskan itu, seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia manakala 124 lagi kru berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Menurut APMM, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi tadi selepas Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan dari kapal Sapura Construction yang telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz.

Pengesanan oleh kapal Sapura Construction kemudiannya menurut mereka mendapati kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

Susulan daripada kejadian itu, APMM menjelaskan telah menggerakkan aset-aset bantuan yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell ke lokasi kejadian.

Dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang berlangsung pagi tadi pihak mereka jelasnya telah menemui 121 kru pada jam 8.45 pagi sebelum menemui empat lagi kru ditemui pada jam 9.29 pagi ini.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan bahawa pada jam 9.29 pagi, empat kru yang hilang telah ditemui pada berhampiran lokasi kejadian dan mereka telah di bawa ke kapal-kapal yang terlibat di dalam operasi carilamat ini.

“Oleh itu, kesemua mangsa yang terjun ke laut sejumlah 124 orang telah berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beramB,” jelas Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som.

Baca juga perkongsian berita semasa dalam dan luar negara melalui pautan di bawah.

‘Pak Cik Ladja’ Jadi Penyelamat, Kejar Polis Minta Bantuan Makanan Untuk Seluruh Kampung

Pakar Dakwa Temui Lokasi Nahas MH370, Mohon Pencarian Dimulakan Segera

Nekad Dan Berani, Pasangan Ditangkap Larikan Honda Civic Milik Pasukan Polis

Anda Mungkin Suka