Kesesakan yang berlaku pada akhir bulan lalu di Terusan Suez akibat kapal kargo The Ever Given tersekat ditengah-tengah laluan telah menyebabkan satu dunia kerugian sebanyak RM1.6 bilion per jam.

Kerugian tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada kapal-kapal lain yang tidak boleh melalui Terusan Suez, tetapi ia juga memberi kesan kepada kerajaan Mesir apabila tidak dapat mengutip bayaran tol daripada kapal lain kerana tidak boleh melalui laluan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Stranded container ship Ever Given, one of the world’s largest container ships, is seen after it ran aground, in Suez Canal
Sumber Gambar: Malay Mail

Terkini, pihak kerajaan Mesir menyatakan bahawa mereka tidak akan ‘melepaskan’ kapal besar itu sehingga pemiliknya bersetuju untuk membayar pampasan sehingga USD1 bilion (RM4.1 bilion).

“Kapal itu akan tinggal di sini sehingga siasatan selesai dan pampasan dibayar. Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin” kata Leftenan Jeneral Osama Rabie, yang mengetuai Lembaga Terusan Suez.

vocket-ever-given-bayar-denda-kerajaan-mesir-1
Sumber Gambar: The Jakarta Post

Menurut Osama Rabie, tuntutan sebanyak RM4.1 bilion tersebut bagi menampung kos perbelanjaan peralatan dan jentera yang digunakan untuk membersihkan laluan, kerosakan laluan akibat kapal korek dan memberi ganti rugi kepada sekitar 800 orang pekerja untuk mengeluarkan kapal yang tersekat.

Jumlah tersebut juga merangkumi kos anggaran kerugian yang dialami oleh kerajaan Mesir dan 400 kapal gagal melalui terusan tersebut. Shoei Kisen Kaisha Ltd, pemilik Ever Green dari Jepun mendedahkan bahawa pihaknya masih belum mendapat maklumat rasmi dari pihak kerajaan Mesir.

Buat masa ini, masih belum jelas pihak manakah yang akan membayar pampasan dan bagaimana cara kerajaan Mesir mendapatkan tuntutan tersebut.

Pada 23 Mac lalu, dunia digemparkan dengan berita laluan Terusan Suez mengalami kesesakan setelah sebuah kapal kargo gergasi tersangkut sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM1.6 bilion per jam.

Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam