Hari ini kapal mewah ‘Equanimity’ yang milik Jho Low bakal tiba di pelabuhan Klang pada tengah hari ini. Menurut sumber polis, pada mulanya tidak membenarkan pihak media dikawasan itu tetapi selepas perbincangan selama satu jam mereka hanya akan dibenarkan masuk ke terminal itu pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Dikatakan sekarang ramai pengamal media tempatan dan antarabangsa masih lagi menunggu untuk memasuki Terminal Boustead Cruise Center untuk membuat liputan ketibaan kapal mewah yang paling kontroversi ini. Menurut sumber polis lagi kapal persiaraan ini akan berada kawalan ketat sepanjang berada di jeti terminal ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai ia sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal ini akan menjadi sebahagian bahan bukti penyelewengan wang 1MDB terutamanya oleh Jho Low.