Sebuah kapal perang Iran dilaporkan secara tidak sengaja ditembak oleh peluru berpandu sendiri ketika melakukan latihan di Teluk Oman. Kejadian melibatkan kapal Konarak berhampiran Bandar-e Jask, di wilayah selatan Republik Islam pada petang Ahad waktu tempatan.

Seramai 19 pelaut terbunuh berikutan insiden tembakan yang melibatkan dua kapal perang Iran ketika mengadakan latihan di Teluk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan televisyen tempatan, kapal perang itu tenggelam setelah ditembak oleh kapal lain secara tidak sengaja.Kapal itu dilaporkan ‘tertembak’ ketika bergerak dari lokasi latihan perang ke destinasi seterusnya.

Kenyataan itu diperkuat oleh berita agensi kerajaan, Tasnim, bahawa Konarak tenggelam kerana ditembak oleh teman sendiri secara tidak sengaja. “Konarak secara tidak sengaja ditembak oleh peluru berpandu oleh kapal kelas Moudge, Jamaran, semasa latihan menembak di Teluk Persia pada 10 Mei,” kata Tasnim.

Dalam kenyataan tentera Iran, mereka akan menjalankan siasatan lanjut bagi mencari punca kepada insiden salah tembak ini.

Konarak adalah kapal sokongan logistik. Ia dibuat di Belanda dan Tehran membelinya sebelum revolusi Iran pada tahun 1979. Dengan berat 447 tan dan 47 meter, kapal kelas Hendijan dilengkapi dengan empat peluru berpandu, menurut televisyen tempatan.

Tidak diketahui berapa ramai kru yang bertugas untuk latihan perang di Konarak, sebelum kapal itu ditembak oleh peluru berpandu sendiri.

Kejadian itu berlaku di tengah ketegangan di antara Iran dan saingan Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua negara itu bertukar komen panas pada tahun lalu, berikutan beberapa perselisihan yang melibatkan militan di perairan.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Iran, klik pautan di bawah.

Iran Kucar-Kacir, 23 Ahli Parlimen Diuji Positif Wabak Coronavirus

Iran Terjejas, Catat 1 Kematian Setiap 10 Minit Angkara COVID-19

Pramugara Kongsi Pengalaman Serta Prosedur Ketat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Iran