Jika Tesla bersama beberapa syarikat lain giat mengusahakan kereta hybrid, Zunum Aero selaku syarikat dibawah kelolaan Boeing dan JetBlue kini dalam usaha untuk menghasilkan kapal terbang dengan teknologi hybrid.

Berita ini sudah pastinya akan membuatkan anda atau mereka yang sering travel teruja kerana penggunaan kapal terbang hybrid ini sekaligus dapat mengurangkan kos tiket berikutan penggunaan bahan api yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage6132884fc1135a-b2d6-4637-bf3b-a5346bdbd024

Nak tahu apa yang lebih best? Penggunaan kapal terbang hybrid ini juga dikatakan mampu memendekkan tempoh perjalanan sehingga 50%. Bunyi yang dihasilkan melalui kapal terbang hybrid juga dikatakan 80% lebih rendah berbanding kapal terbang biasa. Dalam erti kata lain penguna berpeluang menaiki kapal terbang yang lebih senyap, cepat dan berkos rendah.

Setakat ini Zunum Aero baru sahaja mengeluarkan kapal terbang prototaip mereka yang menyertakan 12 tempat duduk buat para penumbang. Para pengguna mungkin perlu tunggu sehingga 2022 sebelum syarikat penerbangan lain mendapatkannya daripada syarikat Boeing.

Sumber