Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penerbangan Malindo Air Boeing 737 dari Kathmandu ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas semalam terbabas 30 meter dari landasan ketika hendak berlepas semalam.

Pesawat yang membawa 139 penumpang termasuk anak kapal itu terbabas dan tersekat di dalam lumpur. Berikutan itu Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan terpaksa ditutup sementara.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan semua penumpang berjaya dikeluarkan. Menurut jurucakap lapangan terbang tersebut, juruterbang mengesan masalah teknikal pada kapal terbang tersebut sejurus hendak berlepas dan mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan penerbangan tersebut.

Insiden ini bukanlah yang pertama terjadi malah sebulan yang lepas satu insiden yang membabitkan Turkish Airlines terbabas di landasan tersebut turut direkodkan. Berikutan rekod yang tidak baik, penerbangan yang berpangkalan di Nepal tidak dibenarkan untuk terbang di ruang udara Kesatuan Eropah.

Anda Mungkin Suka