Dalam perkembangan terbaru kes MH17, peluru berpandu yang menembak kapal terbang berkenaan adalah milik tentera Russia. Ini berdasarkan laporan terbaru daripada penyiasat dari Belanda.

Analisa daripada gambar membuktikan kesan tembakan menyerupai peluru berpandu Buk dari pesawat askar milik Russia. Kesemua 289 penumpang dan krew penerbangan MH17 terkorban dalam serangan pada 17 Julai 2014 ini.

Wilbert Paulissen dari Jabatan Polis Belanda turut membuat laluan konvoi kapal terbang ini yang merentasi sempadan Ukraine yang sedang bergolak ketika itu.

Namun, siasatan yang sehingga kini masih belum selesai telah di dinafikan pihak Russia. Menteri Pertahanan Russia menafikan penglibatan askar Russia dalam insiden MH17 ini. Askar Russia turut menafikan mereka memecah masuk ruang udara Ukraine pada ketika itu.

Penyiasat dari Belanda berkata mereka sudah mempunyai senarai 100 orang suspek yang mungkin terlibat secara langsung dengan insiden ini tetapi buat masa sekarang, mereka tidak mengumumkan kepada umum nama-nama suspek ini.

Siasatan MH17 kini berada di fasa-fasa terakhir dan mereka berjanji individu yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group