Semenjak pengumuman projek tersebut pada tahun 2012 oleh seorang usahawan Australia, Clive Palmer seluruh dunia menanti-nantikan hasil akhir projek tersebut. Penantian hampir menjadi sia-sia apabila projek tersebut dikhabarkan mengalami masalah kewangan sekitar tahun 2015.

Namun begitu, Clive tampil semula dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Titanic II dijadualkan bakal melakukan pelayaran pertamanya dari Dubai ke New York pada tahun 2022 nanti. Pelayaran yang akan memakan masa 2 minggu tersebut akan menggunakan laluan asal kapal Titanic yang karam pada tahun 1912 lalu.

Lakaran rekabentuk Titanic II

Pelayaran tersebut akan membawa jumlah penumpang yang sama iaitu seramai 2,400 orang penumpang dan 900 anak kapal. Difahamkan juga reka bentuk luaran dan dalaman kapal tersebut diinspirasikan sepenuhnya daripada kapal Titanic yang asli.

Pasti penggemar filem ‘Titanic’ tidak sabar untuk melihat pelayaran sulung Titanic II nanti, atau mungkin sudah menyimpan hasrat untuk menjadi salah seorang penumpang pertama kapal tersebut?

Sumber