Musim cuti akan datang tidak lama lagi. Sudahkah anda merancang perjalanan percutian anda? Jika belum, mungkin anda boleh mencuba sesuatu yang baharu iaitu percutian mewah kali ini.

Kapal layar mewah milik Genting Malaysia Bhd, Tranquility kini sedia untuk disewakan kepada orang ramai dengan harga $1,250,000 (~RM5,180,000) sahaja. Harga sewa yang dikenakan termasuk minyak dan beberapa servis lain.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

tranquility

Tranquility pernah dikenali sebagai Equanimity sebelumnya pernah menjadi bualan dan tumpuan orang ramai berikutan skandal yang melibatkan pemilik asal dahulu. Menurut laporan Bloomberg, Tranquility kini berlabuh di Le Vieux Port di Cannes semenjak 1 Julai lalu.

Bukan hanya setakat pemandangan insta-worthy, penyewa juga boleh menikmati layanan dan fasiliti mewah yang tersedia pada Tranquility sepanjang tempoh sewaan. Ajak rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk menjadi antara yang terawal menikmati percutian mewah ini.

Anda Mungkin Suka