Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kapow berjaya memenangi pertandingan Battle of the Boom yang berlangsung sejak 1 Februari hingga 13 April yang lalu. Mereka berjaya menewaskan wakil dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kapow berjaya memenangi pertandingan ini melalui skor juri dan undian peminat. Mereka berjaya membawa pulang hadiah utama yang merupakan wang tunai RM10,000. Tempat kedua dimenangi oleh Hyndia dan ketiga adalah BanyakBunyikRepublik.

WINNER BOTB

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Selain Kapow, Hyndia dan BanyakBunyikRepublik, antara kumpulan yang berjaya melangkah ke pusingan akhir adalah Bellobosca dan Yubi.

Melalui undian juri awam, turut tampil bersama adalah juri profesional seperti Ag Coco, Qi Razali, Youk Bunkface, Alif Satar & The Locos dan Juri Indonesia, Aska Rockers yang menghakimi para peserta.

Battle of the Boom adalah platform untuk para seniman mengekspresikan muzik mereka. Ia adalah pertandingan maya yang mempamerkan kumpulan terbaik di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Sejak 1 Februari hingga 13 April, Battle of the Boom telah melancarkan pertandingan muzik yang terbuka untuk rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Difahamkan, mereka telah menerima lebih daripada 500 penyertaan.