Jika anda rasa karipap harga 50 sen sebiji pun dah mahal, tunggu anda ke China dahulu. Di satu restoran di Nanning, China, ‘The Mamak Stall’ kini semakin terkenal dengan karipapnya kepada penduduk tempatan.

Setiap hari pasti ramai yang beratur untuk membeli karipap di restoran ini. Ianya terhad kepada 100 biji sahaja sehari dan dijual pada harga 12 Chinese Yuan (RM7) sebiji! Wow, hebat sekali. Walaupun dengan harga sedemikian, ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk beratur kerana ianya dijual secara first come first served.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

m3

Jadi siapa mastermind di sebalik karipap power ini? Ianya adalah idea dari Huang Xin Yi, wanita dari Johor Bahru. Wanita berusia 30 tahun ini pada mulanya bekerja di sebuah bank di Singapura selama 3 tahun sebelum memulakan bisnes di China.

Beliau memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau walaupun mempunyai simpanan hanya SGD30,000 (lebih kurang RM90,000), beliau nekad ke China untuk memulakan bisnes di sana kerana itulah impian sejak zaman universiti untuk mempunyai bisnesnya yang tersendiri.

Nampaknya tindakan berani beliau itu membuahkan hasil kerana perniagaannya semakin berkembang sejak memulakan ‘The Mamak Stall’ bulan Jun tahun lalu. Beliau menambah pada mulanya jika beliau menjalankan bisnes cafe atau menjual bak kut teh (hidangan non-halal masyarakat Cina), semestinya beliau akan menghadapi saingan sengit dengan kedai-kedai yang sedia ada.

Jadi idea membuka kedai The Mamak Stall ini datangnya dari expo China-ASEAN di Nanning 4 tahun lalu yang membuka mata Huang untuk mencuba membawa masuk makanan berkonsep Malaysia ke pasaran China. Jadi di kedai The Mamak Stall itu bukan hanya menjual karipap, tetapi hidangan Cina Malaysia, Nyonya, makanan Melayu dan India turut ada di dalam menu kedai ini.

Menerima lawatan delegasi dari Malaysia
Menerima lawatan delegasi dari Malaysia

Jadi boleh kata kedai Huang ini adalah kedai dengan citarasa Malaysia pertama di Nanning. The Mamak Stall ini sudah mempunyai cawangan keduanya dibuka bulan Ogos lalu, dua bulan selepas kedai pertamanya di buka. Huang dalam perancangan ingin menjadikan ‘The Mamak Stall’ sebuah franchise di China.

Tidak pasti sama ada kedai ini halal untuk pengunjung Muslim ataupun tidak. Nanti saya akan cuba dapatkan lebih info berkenaan kedai ini. Kalau ianya halal, senanglah kalau ke Nanning nanti. Rindu makanan Malaysia, boleh terus terjah The Mamak Stall ni.

m1

12108961_766747026788140_6576884153960617943_n

12109189_766747253454784_7394072954582908340_n

12243469_780273175435525_7230734821485116839_n

12573159_810379602424882_6811903363582154877_n

12832472_844553855674123_2323455760910405471_n