Bayangkan anda sudah teruja untuk membuat kejutan hari jadi untuk rakan atau keluarga, tiba-tiba kejadian tidak diingini terjadi seperti kek terjatuh dan sebagainya. Apakah reaksi anda?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @faisal.suhaimi telah berkongsi video memaparkan seorang pemuda sedang membawa sebiji kek hari jadi dan dipercayai dia ingin membuat kejutan untuk adiknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@faisal.suhaimiKejadian hok kek jatuh…ni video asal dioo .,bru igt nk poss♬ original sound – Faisal suhaimi

Kemudian, seekor kucing datang ke pemuda tersebut dan mencakarnya lalu dia pun cuba menghalau dengan menendangnya tetapi terus tergolek ke belakang. Walaupun pemuda tersebut jatuh tergolek, tetapi kek masih dapat diselamatkan tetapi hiasan kek rosak sedikit.

Perkongsian video itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat situasi tersebut. Para netizen turut berasa terharu melihat pemuda itu berusa untuk menyelamatkan kek tersebut walaupun sudah jatuh tergolek.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa pemuda itu kena karma kerana menyepak kucing. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Dua Wanita Dicabul Di Tempat Parkir Tamarind Square, Netizen Mahu Pencabul Segera Ditangkap

‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen