Retreat gaya Bali di Karma Kandara menampilkan kecantikan alam semulajadi digandingkan bersama hospitaliti penuh kemewahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rehatkan diri anda sambil menerokai ketenangan di Bukit Peninsula, Bali yang dikenali sebagai ‘Billionaire’s Row’.

Villa-villa yang cantik, Karma Spa dan restoren diadun seimbang dengan lanskap hutan yang menghijau dan laut yang membiru.

Terletak di atas bukit di tepi laut, Karma Kandara Resorts Bali adalah sebuah resort yang terletak 7 km dari Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana dan 11 km dari Candi Pura Luhur Uluwatu yang bersejarah.

Setiap villa dilengkapi dengan kolam renang dan taman peribadi.

Villa-villa 1 sehingga 4 bilik di sini turut dilengkapi Wi-Fi percuma, dapur, ruang tamu dan ruang makan serta bilik air separa terbuka.

Setiap villa pula tersedia dengan khidmat bilik yang sudi membantu.

Pendek kata, ia adalah destinasi unggul buat pasangan dan keluarga serta rakan-rakan yang tertarik dengan keindahan Bali, yang lebih terserlah di Karma Kandara.

Sarapan dan tempat letak kereta disediakan percuma.

Di sini juga terdapat sebuah restoren Mediterranean dan lounge dengan inspirasi Morrocco.

Kemudahan lain yang disediakan termasuklah kolam renang infiniti dan gimnasium gaya rumah pokok.

Pelbagai aktiviti sukan air disediakan seperti snorkel dan paddle board.

Anda juga boleh berehat di kawasan spa dengan menjalani kelas yoga.

Atau merehatkan diri sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.

Jangan terperanjat kerana anda boleh menonton wayang di bawah sinaran bulan dan bintang.

Malam di sini sangat indah, cukup juga buat anda sekadar menatap langit malam yang ungu.

Yang pasti, di resort ini, walau di mana pun anda berada, anda bakal menikmati pemandangan alam semulajadi yang sukar untuk diungkapkan.

Anda boleh terus menempah percutian anda melalui link ini.

Dengan villa serba lengkap dan pemandangan yang menarik, kami pasti anda sukar untuk berkata ‘Tidak’.

Bookmark artikel ini dan jangan lupa untuk menempah melalui link ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Karma Group di sini.

BACA: 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali. Yang Nak Honeymoon Pasti Suka!