Selepas sambutan yang meriah di Anjung Floria, Putrajaya, Karnival Jom Heboh (KJH) kini menuju ke Terengganu! KJH kali ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus untuk dua hari bermula 7 dan 8 Oktober (Jumaat dan Sabtu) bermula seawal jam 8.00 pagi.

Platform di bawah payung Media Prima Berhad (MPB) iaitu TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP, Drama Sangat and tonton telah mengatur pelbagai aktiviti meriah telah diatur untuk pengunjung dengan DUitNow menjadi sistem bayaran rasmi di karnival ini nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

KJH terus hadir dengan pelbagai promosi eksklusif untuk anda rebut. Para pengunujung terawal ke KJH bakal menerima hadiah istimewa daripada jenama yang menyertai KJH, jadi anda disarankan untuk tiba seawal mungkin!

Dengan lebih RM500,000 nilai hadiah daripada jenama tempatan popular antaranya Sensodyne, Provital Immuna Plus, Super Coffee, F&N, CSR sugar dan Simply K masks boleh ditebus oleh para pengunjung. Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti serta bertemu artis popular tanah air di Studio Jom Heboh dan Studio Drama antaranya Fedtri Yahya, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nabil Aqil, Aniq Suhair, Azlee Senario, Syafiq Kyle, Mark Adam dan ramai lagi.

Di sebelah malam 7 Oktober, sesi Akustika @ Jom heboh pula akan berlansung dengan Ahmad Fedtri Yahya dan Fizi Molek FM selaku hos akan mengelolakan acarak ini pada jam 9.00 malam. Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Afieq Shazwan,
Ismail Izzani, Hariz Fahayet, Haqiem Rusli, Insomniacks dan Tajul Arif.

Hari kedua Akustika @ Jom Heboh pada 8 October pula akan menampilkan persembahan Islamik bersempena ‘Malam Akustika Jalan Cinta Rasul’ yang diadakan sempena malam Maulidur Rasul yang akan dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Mat Dan serta menampilkan panel iaitu Ustaz Azam Al-Kankari dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (Imits) Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Artis yang menjayakan malam kedua Akustika @ Jom Heboh adalah Aiman Sidek, Aiman Tino, Syafiq Farhain, Nomad, Sufian Suhaimi and Khai Bahar.

Kami turut akan memeriahkan Karnival Jom Heboh Kuala Terengganu dan kami mahu beri anda merchandise edisi terhad Vocket x Jom Heboh! Apa hadiahnya? Itu anda kena datang sendiri ke KJH esok. Jumpa anda di sana!