Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Anda boleh ke sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik bakal menanti anda!

Pelbagai booth daripada Media Prima

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini turut dimeriahkan dengan pelbagai booth daripada TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediakan aktiviti – aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular.

Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow.

Kemeriahan di KJH diteruskan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan melepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa daripada KJH!

Lebih istimewa lagi, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis kesukaan ramai di booth Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga denga aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggalan siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi. Bagi peminat muzik pula, KJH mempersembahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahkan malam minggu anda sekeluarga.

Konsert Jom Heboh

Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay terkenal daripada Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Bagi menyemarakkan suasana di KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lain yang turut ada termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu anda.

VOCKET juga akan turut sama memeriahkan KJH dan bagi peminat bola sepak tempatan dan luar negara, Misdianto & Hanif Miswan akan hiburkan anda dalam sesi Sembang Bola di Studio B.

Merchandise eksklusif daripada kami turut menanti. Nak tahu cara dapatkannya? Kenalah datang Anjung Floria Putrajaya hujung minggu ini.

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram . Jumpa anda di sana!

Ini beberapa artikel yang tular di media sosial beberapa hari ini. Baca pada pautan di bawah.

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’

Tempahan Perodua Alza Serba Baharu Dibuka Dengan Harga Bermula RM62,000

60% CEO Jangka Akan Berlaku Krisis Ekonomi Tahun Hadapan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu