Semperna sambutan ulang tahun persahabatan yang ke 150 tahun di antara Jepun dan Belgium pada tahun ini, satu projek mencipta permaidani gergasi telah diadakan bertempat di Grand Place Brussel, Belgium.

Aktiviti ini dimeriahkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 120 perserta, tidak termasuk orang awam. Dianjurkan oleh persatuan Tapis De Fleurs, projek ini turut dihidupkan dengan bantuan sukarelawan, pereka grafik, pengilustrasi dan arkitek.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang menariknya tentang proses penghasilkan permaidai ini, ia diperbuat dari 600,000 jenis bunga yang berbeza-beza dengan ukuran saiz seluas 77 meter panjang dan 22 meter lebar. Cukup mengagumkan.

Melihat dari rekaan corak berbentuk ikan koi ini cukup untuk kita tahu ia adalah pengaruh kuat dari lukisan-lukisan Jepun.

Buat pengetahuan anda, tradisi mencipta permaidani gergasi secara beramai-ramai seperti ini sudah bermula sejak tahun 1971 lagi. Ianya diteruskan sehinggalah ke generasi sekarang. Ini merupakan usaha sama yang baik bagi mengekalkan keharmonian di antara dua pihak.

Aktiviti seperti ini biasanya diadakan pada musim panas. Jika anda berminat untuk menyertai mereka dan timba pengalaman baru, bolehlah buat persiapan awal untuk tahun 2018 nanti.

Mungkin bunga-bunga di Belgium tidak sabar mahu bertemu anda!.

Sumber