Buat para peminat Super Mario Bros dan barangan vintage harga yang mahal pastinya bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Apatah lagi sekiranya barangan tersebut menyimpan 1001 memori buat pencintanya.

Terbaru, sebuah katrij Super Mario Bros pada konsol NES telah mula dilelong menurut Heritage Auctions dengan harga $100,150 (~RM408,662) dalam satu acara lelong yang diadakan. Ini menjadikan permainan tersebut antara permainan termahal yang pernah dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penjualan katrij ini yang masih dalam kondisi yang sempurna nampaknya berjaya menarik pembida untuk mendapatkannya dengna harga yang tinggi. Penjualan ini secara tidak langsung berjaya membuktikan koleksi game hampir tiga dekad lalu mampu harganya yang tersendiri jika disimpan dalam keadaan yang baik.