Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah mencetuskan kontroversi dengan melukis kartun Nabi Muhammad, dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan, lapor BBC. Difahamkan Vilks yang menaiki kereta polis telah melanggar sebuah trak berhampiran bandar Markayrd.

Dua anggota polis yang mengawalnya turut terbunuh dalam kejadian itu, sementara pemandu lori dikejarkan ke hospital. Vilks yang berumur 75 tahun difahamkan berada di bawah perlindungan polis setelah menerima banyak ancaman mati disebabkan oleh kartunnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lukisan berupa Nabi Muhammad yang diterbitkan olehnya pada tahun 2007 menimbulkan kemarahan orang Islam. Penganut agama Islam memandang gambaran visual Nabi Muhammad adalah sebagai penghinaan terhadap agama dan bersikap kurang ajar.

Setakat ini polis belum mendedahkan jumlah kematian dalam kejadian tersebut. Namun, pasangan Vilks telah mengesahkan kematiannya melalui media tempatan. Kenyataan polis menegaskan bahawa mereka belum mengetahui bagaimana kemalangan itu berlaku. Namun, mereka percaya bahawa tidak ada orang lain yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Kartun yang dibuat oleh Vilks sebelum ini telah menyebabkan Perdana Menteri Sweden ketika itu, Fredrik Reinfeldt, harus meredakan emosi 22 negara Islam yang mengutuk tindakan beliau. Kumpulan al-Qaeda di Iraq pula menawarkan hadiah $ 100,000 untuk kepala Vilks.

Sengaja cetus provokasi, majalah Perancis cetak semula karikatur hina Nabi Muhammad. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sengaja Cetus Provokasi, Majalah Perancis Cetak Semula Karikatur Hina Nabi Muhammad

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Buat Reaksi Menjengkelkan Selepas Makan Latok, Netizen Minta Hormati Makanan Tradisi Sabah