Generasi muda mungkin kurang mengenali majalah humor Ujang, tetapi generasi yang membesar di tahun 90an sangat mengenali majalah kartun ini. Majalah Ujang adalah hasil idea pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang yang menerbitkan isu pertamanya pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur.

Dalam temubual Ujang bersama Utusan Online ini, beliau berkongsi kisah hidup bagaimana beliau ‘jatuh terduduk’ selepas diistiharkan muflis. Daripada pendapatan RM50,000 sebulan dan mempunyai banyak perniagaan lain, Ujang bercerita pula bagaimana beliau mula membina hidup baharu daripada kosong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika mahu kembali berdiri semula, Ujang bercerita sanggup mengambil upah melukis serendah RM3 demi kelangsungan hidup. Namun, dengan usaha tanpa henti, Ujang dapat kembali meneruskan hidup seperti biasa. Semoga temubual ini dapat dijadikan ikhtibar kepada kita semua.

Ini pula kisah beberapa artis tempatan yang kini sedang menempa nama di dalam dan luar negara

Cara Abdulrashade Harumkan Nama Negara Menerusi Seni Grafiti

‘Fritilldea’ Artis Malaysia Pertama Jalin Kolaborasi Bersama OBEY Clothing

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong