Siri yang sedang hot ketika ini, KL Gangster Underworld (KLUG) boleh ditonton secara percuma di iFlix. Karya ini menampilkan barisan pelakon yang hebat-hebat belaka antaranya Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Nabila Huda dan ramai lagi.
Rata-rata memberi respon positif terhadap filem ini dan menyatakan ianya karya yang lebih real berbanding KL Gangster yang sebenar. Terutamanya dalam tutur kata setiap watak.
Jadi tweet #bebenang dan #thread ini aku tujukan utk @Beto_Kusyairy, @ZahirilAdzim @Amerul_Affendi @azhanrani @dynasCLPT @abilsuhaimi dan lain2. Terima kasih krn menjayakan & bersusah payah utk #KLGangsterUnderworld kalian memang terbaik!!!!
— Norshafarina (@MizzShafa) August 18, 2018

Its almost 1am and my siblings and I are talking about #KLGU ! The craze is real. Really love the twist and turn of the plot! On to Episode 4 now! #KLGangsterUnderworld #iflixfree #welovebelut pic.twitter.com/vCVM3rMRgY
— Christina Mong (@ChrisBubuMong) August 18, 2018
Walaupun boleh ditonton percuma, masih ada netizen yang gatal tangan untuk muat naik siri ini di Facebook untuk meraih likes dan shares murahan. Pelakon-pelakon KLUG seperti Azhan Rani dan Beto Kusyairy antara yang paling lantang dalam menyuarakan kekecewaan.
Hari ni Tauke sangat marah. Semalam baru je dia bagi free tengok #KLGangsterUnderworld di #iflixfree dan semalam jugak ada yang sailang dia ajak netizen tengok di FB live. Jadi hari ni dia nak p kutip yg buat fb live dan tengok secara haram.. pic.twitter.com/hOe6eVlElc
— Amerul Affendi (@Amerul_Affendi) August 17, 2018
Tak mudah membikinnya guys..melibatkan banyak pihak, masa, tenaga & ringgit untuk merealisasikannya.
Jadi mohon kepada semua, JAUHI CETAK ROMPAK DIGITAL seperti fblive atau link2 haram. Sama2 kita harga-menghargai..#KLGangsterUnderworld #KLGU #iflixoriginals pic.twitter.com/EOcxIkE4mS— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) August 19, 2018
Apa kata kita support industri kita? Jangan tengok kat FB Live. Tengok kat iflix ni pun dah free. Jum layan KL Gangster Underworld kat IFLIX sekarang!!@Beto_Kusyairy @ZahirilAdzim @azhanrani @Amerul_Affendi pic.twitter.com/TBJUW0XnCG
— Haziq Fadhullah Razali (@haziq_fadhullah) August 18, 2018
Bila dibuat filem tidak kena selera, dikejinya. Bila ada filem atau siri hebat, diciplak pula untuk meraih populariti atau wang ringgit. Apa yang netizen mahu sebenarnya? Jika anda belum menonton siri ini, silalah tonton di saluran yang betul iaitu di iFlix. Kami suka Belut. Anda pula?