Andrea Hirata memulakan jalannya untuk menjadi novelis dengan menghasilkan karya  yang menceritakan pengalamannya belajar di  sekolah Muhammadiyah di Belitung.

Beliau cuba menghantar karya beliau ke penerbit, namun tidak diterima dan ditolak.

Tidak putus asa, beliau memperbaiki semula karya beliau, akhirnya karya beliau telah menjadi satu fenomena di Indonesia.

width=

Novel pertama beliau bertajuk Laskar Pelangi telah diangkat menjadi karya agung,yang mana kata penulisnya adalah berdasarkan kisah ironi kurangnya peluang pendidikan kepada anak-anak yang berada di pulau yang antara terkaya di dunia.

Karya ini menerima sambutan yang amat menggalakkan iaitu cetakan melebihi 1 juta nashkah. Ia telah diterjemahkan ke bahasa inggeris dan juga bahasa melayu. Ia Berjaya dicetak sehingga 5 juta nashkah. Bagi cetakan bahasa inggeris, ia telah diambil hak penjualan oleh penerbit FSG, Penguin Books dan Random House untuk diedarkan ke dua puluh buah Negara.

Seterusnya pada tahun 2008, karya ini telah diadaptasi ke panggung wayang dengan tajuk yang sama dan telah memecahkan sejarah box-office filem Indonesia.

Filem ini telah memenangi anugerah-anugerah antarabangsa seperti  di Berlin International Film Festival (Panorama) 2009, Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009, SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival, 2009. Best Film, Bandung Film Festival 2009 dan Best Film Indonesian Film Festival.

width=

Kesan daripada filem Laskar Pelangi, Pulau Belitung telah diangkat menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular dan digelar Bumi Laskar Pelangi.

Walaupun tiada rekod bilangan pelancong yang datang, namun ia telah membuatkan pihak penerbangan Garuda untuk membuka semula perjalanan terus Pulau Belitung ke Jakarta.

width=

Siapa sangka, tanpa putus asa, usaha penulis ini berjaya memberikan manfaat kepada banyak pihak.

Bayangkan jika beliau berputus asa pada saat pertama kali karyanya ditolak?

Like page The Vocket di Facebook

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group