Baru sahaja Disney mengumumkan projek Pirates Of The Caribbean (POTC)tanpa Johnny Depp, projek reboot berkenaan sudah pun berdepan masalah.

Selepas kejayaan 5 filem POTC bersama Johnny Depp, Disney membuat keputusan drastik untuk ‘memecat’ Johnny Depp dan mencari pelakon baharu untuk watak Jack Sparrow. Disney juga merancang untuk mengetengahkan lanun wanita pula sebagai salah seorang teraju utama untuk siri reboot POTC.

Tetapi baru-baru ini, Disney perlu mencari penulis baharu selepas Rhett Reese dan Paul Wernick telah meninggalkan projek terbaru POTC ini. Rhett Reese yang menulis untuk Deadpool menjadi dilihat calon yang paling sesuai selepas kejayaan franchise Deadpool di bawah kendaliannya.

Ianya sememangnya satu berita yang tidak baik kerana Reese dan Wernick baru sahaja diambil pada bulan October tahun lalu. Berita baiknya, Reese dan Wernick kini boleh terus fokus untuk menjayakan karya sequel Zombieland 2 yang dijangka akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Disney masih melihat mereka mampu menghasilkan filem POTC yang hebat tanpa kelibat Johnny Depp. Era baharu POTC juga dikhabarkan akan mengikuti konsep taman tema POTC di Disneyland serta lebih ‘muda’ untuk menarik peminat baharu kepada frnachise ini.

Namun peminat tegar POTC tidak bersetuju jika Jack Sparrow dilakonkan oleh orang lain selain Johnny Depp. Projek POTC ini dilihat samar-samar dan sehinggalah mereka dapat mencari penulis baharu, barulah kita dapat milihat arah tuju sebenar projek POTC ini.

Sumber