Bagi anda yang terlepas peluang menonton filem ini di pawagam pada 11 April 2019 lalu, Fly By Night sudah tersedia di Netflix sejak 21 Ogos 2019. Ini peluang keemasan yang boleh diambil oleh anda dan menilai sendiri karya tempatan ini.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Screenshot 2019-08-26 at 4.17.27 PM

Walaupun filem ini mendapat pengiktirafan antarabangsa tetapi ia kurang mendapat sambutan dan hanya bertahan selama 7 hari di pawagam. Filem Fly by Night ini mendapat pengiktirafan di Santa Barbara International Film Festival, New York Asian Film Festival, Macau International Film Festival & Awards, dan Busan International Film Festival.

Kejayaan yang dicapai untuk filem ini merupakan sesuatu yang membanggakan kerana bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa walaupun sekali. Akan tetapi kejayaan filem ini membuktikan bahawa karya ini mempunyai faktor ‘wow’.

Fly-By-Night-Netflix-2

Fly By Night – 6

Sedikit sinopsis tentang filem ini, ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bekerja sebagai pemandu teksi sambilan dan pencuri serta memeras ugut penumpang. Konflik berlaku apabila seorang daripada mereka telah melakukan kerja ‘kotor’ di luar pengetahuan adik beradik yang lain.

Apa yang berlaku kepada mereka? Anda kena saksikan sendiri filem ini. Malah, filem ini tampil dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Sunny Pang, Jack Tan, Fabian Loo, Eric Chen dan Frederick Lee. Pengarah filem ini adalah Zahir Omar dan filem ini diambil inspirasi daripada ‘apa yang tersurat belum tentu tersirat’.

Selain daripada filem ‘Fly by Night’ ini, filem Till Death: Azalea’s Wrath juga ditayangkan di Netflix. 

‘Till Death: Azalea’s Wrath’, Filem Tempatan Pertama Eksklusif Di Netflix

Versi Tanpa Suntingan ‘One Two Jaga’ Akan Ditayangkan Di Netflix Disember Depan

Anda Mungkin Suka