Setiap orang memiliki cara berbeza untuk melihat kecantikan sesuatu gambar itu. Bayangkan jika gambar yang sudah cantik ditambah dengan sedikit editing memang ‘wow’ hasilnya.

Terbaharu, Zulkarnain Ismail iaitu seorang ‘digital artist’ berasal dari Pahang telah berkarya dengan memanipulasi digital. Karya beliau boleh dikatakan unik dan menarik perhatian orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda dapat lihat pada karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah lebih kepada haiwan dan alam sekitar. Menariknya, hasil karya beliau sekarang dipamerkan di Gallery of Modena, Itali.

Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau belajar sendiri melalui tutorial YouTube dan sering masuk pertandingan edit gambar untuk memperbaiki teknik editing beliau.

Bukan mudah untuk hasil karya dipamerkan di galeri luar negara dan ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membanggakan. Walau bagaimanapun, tiada lagi perancangan untuk pameran di Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai karya-karya yang ditampilkan? Anda mungkin berminat untuk ketahui kejayaan anak-anak muda di luar negara dan anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Food Truck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

Gaya ‘Cool’ Gadis Dari Malaysia Timbang Bola Tarik Perhatian Netizen

Remaja Malaysia Cipta Sejarah Bakal Jadi Pelajar Termuda Di Royal College Of Surgeon Ireland

Sumber