Negara kita pada awal pagi tadi dikejutkan dengan pemergian pendakwah dan agamawan terkenal Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas beliau yang terakhir di kediamannya di Ampang, Selangor, pada jam 12.29 tengah malam tadi.

Berita pemergian arwah yang juga tokoh pendakwah di negara ini disambut dengan penuh hiba di seluruh negara dengan orang ramai masing-masing mengucapkan takziah dan memberi penghormatan kepada beliau di hampir semua platform media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara yang tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada arwah adalah Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri yang juga merupakan bekas mufti Wilayah Persekutuan dan kenalan lama arwah.

Dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya, Dr Zulkfifli mengenang kembali nostalgia kehebatan arwah Ustaz Ismail Kamus yang sangat berpengaruh pada masyarakat negara kita suatu ketika dahulu.

“Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen – mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.

“Kehadirannya sentiasa dinantikan setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.

“Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.

Selain bekas mufti itu, turut tidak ketinggalan memberikan penghormatan buat penceramah terkenal itu adalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengenang kembali kenangan mendengar ceramah-ceramah arwah ketika masih di bangku persekolahan.

“Semasa saya di sekolah menengah lagi, suara beliau yang selalu berkumandang dalam kaset ceramah selain gurau sendanya menjadi ajukan ramai malah mendidik dalam gurauan dan sindiran yang mesra,” katanya di Facebook.

Tambah beliau, arwah juga merupakan tokoh penting pada zamannya dan sumbangan beliau mempunyai kesan yang tersendiri dalam perkembangan dakwah masyarakat di negara ini.

“Kita yang mewarisi sumbangan tokoh seperti beliau perlulah kita untuk menghargai mereka.

“Dalam masa yang sama mengakui bahawa masih ada ruang yang perlu dipenuhi dan diisi (diperbaiki ketika berdakwah).

Bahkan juga, mungkin dikemas kini,” tegasnya dalam hantaran tersebut.

Dr Zulkifli kini bertugas sebagai Senato dan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri. Baca perkongsian lain kami mengenai beliau sebelum di pautan di bawah. 

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Mufti WP Tunai Solat Hajat Dan Doa Khusus Demi Perpaduan Malaysia

Mufti Perlis Jawab Salah Faham Beri ‘Sokongan’ Kepada Polis Evo 2