Tragedi gempa bumi yang menghentam Turki dan Syria telah mengorbankan banyak jiwa. Bangunan disekitarnya runtuh ke tanah. Ramai yang kehilangan ahli keluarga. Dan kini Turki dan Syria – yang turut terkesan akibat perang – berada dalam suram air mata.

Beberapa video di media sosial kini tular menunjukkan keadaan sekeliling yang terkesan akibat gempa berukuran 7.8 ini. Ia menggegarkan bumi Turki dan Syria pada waktu subuh ketika rakyat kedua negara masih nyenyak tidur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu video menyanyat hati, pengorbanan kasih bapa telah menyelamatkan anaknya daripada terkena dinding batu dari bangunan yang runtuh. Bapa tersebut melindungi anaknya dengan bertindak menjadikan badannya sebagai perisai.

Semasa dijumpai oleh pasukan penyelamat, kelihatan mayat bapa tersebut tertunduk ke bawah dengan anaknya berada di bahagian peha. Semasa pasukan menyelamat mengeluarkan kanak-kanak tersebut, dia didapati masih bernafas.

Kedengaran laungan Allahuakbar apabila anak itu didapati masih hidup. Dia kemudiannya dikejarkan ke pasukan kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Video yang dimuat naik oleh Mohd Ahtisham itu dipercayai berlaku di Syria dan ia telah ditonton oleh beribu orang. Kebanyakan netizen menitipkan rasa sedih melihat pengorbanan bapanya.

 

 

 

 

Untuk rekod, angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Turki dan Syria awal minggu ini meningkat kepada lebih 20,000. Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang terselamat dan terperangkap di bawah runtuhan dalam keadaan musim sejuk yang membeku.

Gempa yang melanda kedua negara adalah antara yang paling dahsyat di dunia dalam tempoh lebih sedekad, dengan lebih 17,134 kematian disahkan di Turki dan 3,162 lagi di Syria.