Awal tahun ini hangat diperkatakan tentang pengacara Azwan Ali dan penyanyi sedang meningkat naik Naim Daniel di media sosial dan laporan media.

Ia susulan ciapan Azwan Ali di Twitter sebelum itu yang menyatakan dia tidak mengenali Naim sambil diiringi dengan kata-kata kasar selepas penyanyi itu memenangi Anugerah Juara Lagu.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Tidak mahu cepat melatah, Naim ketika itu dengan tenang menjawab kritikan yang diberikan pengacara berpengalaman itu dengan memperkenalkan dirinya dan mendoakan agar Azwan ‘dipeluk cinta Allah sentiasa’.

Kini selepas beberapa bulan kisah tersebut berlalu, Naim Daniel pada semalam akhirnya memuat naik sekeping video melalui Instagram miliknya yang memaparkan beliau menyanyikan lagu terbarunya bersama Azwan.

Tambah menarik, video tersebut yang dihasilkan turut memuatkan petikan kata-kata dan visual daripada Azwan sebelum ini yang menjadi bualan orang ramai.

Tindakan Naim kali ini sekali lagi menerima pujian daripada netizen apabila sikap rendah diri yang diamalkannya sebelum ini kelihatan berhasil dalam memperbaiki hubungan mereka berdua.

Bukan sahaja memuji sikap rendah diri dan ketenangan beliau sebelum ini, malah netizen juga berpendapat ianya adalah akhlah terpuji yang boleh dijadikan contoh buat orang ramai di luar.

c2 c3 c4 Capture

Baca kembali respon tenang Naim Daniel sebelum ini ketika menjawab Tweet yang dibuat Azwan Ali melalui pautan di bawah.

Diperlekeh Azwan Ali, Naim Daniel Tenang Jawab Cacian Dengan Penuh Matang

Lihat Naim Daniel Secara Matang Bercerita Kisah Sebenar Di Sebalik Sumpah

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Anda Mungkin Suka