Kontraktor Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) iaitu China Communications Construction Company (CCC) berjaya mendapat sijil pelepasan daripada membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada Kastam Diraja Malaysia semalam.

Projek yang bernilai kira-kira RM60 Bilion ini dibiayai oleh kerajaan menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan juga hutang dari pasaran bon.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramoniam Tholasy

Menurut penjelasan daripada Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subramoniam Tholasy pihak kastam memberi pelepasan GST kepada CCC atas sebab projek ini melibatkan usaha sama dua kerajaan untuk kepentingan awam.

Beliau turut menjelaskan pelepasan GST ini bagi mnegurangkan kos projek dan seterusnya memberikan kemudahan kepada rakyat. Tambah beliau pelepasan ini dilakukan setelah mempertimbangkan faedah pinjaman adalah lebih baik berbanding GST.

Isu ini timbul apabila Husam Musa, Naib Presiden AMANAH memuat naik sijil pelepasan GST milik CCC di laman Facebooknya.

Sejauh Mana Benar? Syarikat Negara China Diberi Pelepasan GST. .Pohon Menteri Kewangan memberi…

Posted by Husam Musa on Sunday, 15 April 2018

ECRL merupakan projek yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang dan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sepanjang 600 kilometer.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group