Adidas mahu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan alam sekitar apabila kolaborasi kasut bersama organisasi non-profit, Parley ini dibuat sepenuhnya menggunakan bahan plastik kitar semula yang dikutip di lautan.

Kasut Uncaged Parley ini diharap dapat meningkatkan kesedaran umum tentang bahaya plastik kepada hidupan di laut. Sebagai permulaan, kasut Uncaged UltraBoost ini akan dijual sebanyak 7,000 pasang untuk pasaran seluruh dunia. Adidas berharap dapat menjual 1 juta kasut yang diperbuat menggunakan material ini menjelang tahun 2017.

Kasut ini akan menggunakan kain Primeknit yang menggunakan 95% plastik kitar semula, tapak Boost dan plastic cage kehijauan di bahagian tumit. Material kasut ini kebanyakkannya diperbuat dari material yang dikutip Parley ketika mereka menjalankan proses pembersihan di kepulauan Maldives.

Kasut Uncaged Parley ini akan dijual di laman adidas pada harga USD222 (lebih kurang RM934). Bukan itu sahaja, jersi edisi khas pasukan FC Bayern dan Real Madrid menggunakan material plastik kitar semula ini juga akan diperkenalkan hujung bulan ini. Tahniah Adidas dan Parley atas usaha murni ini!

par-2

par-3

Sumber